September 6, 2015

Syarat Asas Untuk Menjadi Agen/Dealer Maajun Anggun Bistari

[BERITA GEMBIRA BUAT SEMUA PENGAMAL SETIA MAAJUN ANGGUN BISTARI]

Kami kini sedang mengalu-alukan penglibatan anda sebagai Dealer Maajun Anggun Bistari dan menjana pendapatan bersama kami.

☑ Dealer dari seluruh negara diperlukan ☑


SYARAT ASAS MENJADI AGEN/DEALER MAB
=====================================

☆ Makan sekurang-kurangnya 3 botol berterusan sbg pengalaman bersama MAB juga utk membantu permasalahan pelanggan.

☆ Minat dlm bisnes dan fokus dgn perubahan atau target syarikat.

☆ Menjual mengikut harga yg telah diselaraskan oleh ZPR.

☆ Ikhlas dlm menjalin urusan bisnes dgn ZPR.

☆ Zahirkan rasa saling percaya mempercayai dgn syarikat ZPR jg pelanggan2 MAB.

☆ Arif tentang info MAB seperti aturan mkn utk setiap wanita yg ingin makan MAB, membantu utk pelanggan baru mkn yg menghadapi tindak balas awal/healing crysis, harga jualan MAB seperti harga sbg Dealer dan lain2.

☆ Belian tunai - selepas bank in duit ke akaun maklumkan utk penghantaran.

☆ Di larang mendedahkan perbincangan bersama yg telah dihadiri atau lain-lain tentang produk jg syarikat.

☆ Saling mengenali antara Stokis dan Dealer MAB dan berusaha utk menjalin silaturrahim dgn berjumpa pemilik syarikat ZPR.

☆ Wajib hadir ke Seminar anjuran Syarikat seperti Perjumpaan Dealer, Seminar Ilmu, GGM/Tour dan lain2 majlis.

☆ Wajib berada dlm Group Wassap Ibu masing2 dan Wajib like FB Page: Pengasas Maajun Anggun Bistari dan FB page: Maajun Anggun Bistari Kota Bharu - Stokis Kelantan utk info produk dsbgnya.

☆ Tiada Dropship Dealer demi menjamin kualiti produk.

☆ Tiada jaminan pendapatan dari Syarikat, melainkan atas usaha promosi dari pihak Dealer sendiri. Namun Syarikat membantu kelas2 pemantapan Dealer secara berjadual.

☆ Minimum belian dan jualan wajib 20 botol setiap bulan.

Harap maklum!

Sebelum itu,
Jom kita buat kira² untung jual MAB...

Harga runcit rm21

Borong 20 botol,modal rm340(rm17 sebotol)...untung rm80.
Borong 100 botol,modal rm1500(rm15 sebotol)...untung rm600
Borong 300 botol,modal rm4200(rm14 sebotol)...untung rm2100

Takkan sebulan nk jual 20 botol - 100 btl sahaja?

Agen² hakak dah ramai yang buat sales 200-500 botol sebulan...kalau diorang boleh buat,awak pun MESTI BOLEH!

Yang asyik dok nampak untung MAB ni kecik, acu besarkan mata n tengok angka² kat ats tu...besar ke kecik?

Cuba awak² kira kalau sebulan jual 1000 botol MAB berapa untung kalian dapat?
Kiralah sendiri..hehe

Dah kira? Nak jadi agen/dealer kami?

Cepat-cepat hubungi Kak Yaa ok..
☏ 019-9593058 (whatsapp/telegram preffered)

 derias_anggun@yahoo.com

April 22, 2015

Lokasi COD & Senarai Agen Maajun Anggun Bistari Kami

Khas untuk pengguna Maajun Anggun Bistari di Kelantan yang nak dapatkan MAB bolehlah walk in ke Dinda Vendor Boutique & Cafe bermula 20 hb November 2016.

Di mana lokasinya?

Lot 2728-B, Wisma Haminah, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu Kelantan
(Belakang Istana, Jalan Kubang Kerian - Wakaf Stan - Binjai)




Nak COD?
Hubungi akak tapi untuk belian 5 botol ke atas SAHAJA.


Stokis Kelantan 
Pn.Maria 019-9593058
Lokasi COD di depan Pasaraya Nirwana Kubang Kerian.


Nak COD dengan agen terdekat dengan tempat tinggal anda?
Hubungi Agen/Dealer/Master Dealer Rias Anggun Empire sekarang!

SENARAI AGEN AKTIF KAMI
********************************
Anda juga boleh dapatkan MAB dengan agen-agen kami yang berdekatan dengan anda.

Jom chek agen/dealer kami yang berdekatan lokasi anda!

Senarai pengedar team Rias Anggun Empire

Kelantan
Seluruh Kelantan Pn.Maria Ismail 019-9593058

Pengkalan Chepa : Pn.Yana 017-9557791, Pn Faziana 017-9263582
Kota Bharu/Pintu Geng Pn.Ema 012-9680869 
Bandar Kota Bharu/ Masjid Muhammadi Pn.Madiha 014-5056305
Kota Bharu/Pasir Mas/Rantau Panjang Pn.Nurul 019-9691612
Wakaf Che Yeh/Bunut Payung/Panji Pn.Yatie 017-9080776
Pasir Mas Pn.Tiey 013-9147182, Pn. Mah 013-9300698
Bachok/Jelawat/Peringat/Bukit Marak Pn.Rahimah 019-9678423
Ketereh/Kok Lanas/Gua Musang Pn.Arieyna 019-9254537
Pasir Tumboh/Binjai Pn.Rosilawati 019-9203844, Pn Lailani 011-10919809
Pantai Cahaya Bulan/Kedai Buloh Pn.Nora 017-8817167, Pn.Su 011-17858057
Machang/Kuala Krai Pn.Sh Marlini 012-9074338, Pn Marisa 019-9654403
Tesco Kota Bharu/Kedai Mulong Pn.Murni 016-9875381
Wakaf Bharu/Tumpat Pn.Zulia 017-9369585, Pn Aniey 017-8784688
HUSM/Kedai Lalat/Pasir Puteh Pn.Azlin 013-2644390
Melor/Pasir Puteh Pn Siti 013-9570945
Jalan Guchil Bayam KB Pn Azimah 013-9339243
Rantau Panjang Pn. Noor Aini 019-9087328
KBMC/Lundang/Kubang Kerian Pn Zue 014-2159008
Jalan Kuala Krai/Kota Darulnaim Pn Mahiza 012-9618127
Seterpa/Pengkalan Chepa Pn Nurul Huda 017-9293568
Selising/Machang Pn Firdawati 012-9840180
Tanah Merah Pn Nurin 010-2225754 Pn Asleeza 019-9546446

Terengganu
Kuala Terengganu/Marang Puan Siti 014-8243667
Dungun Pn Salmi 012-9227939
Paka/Kemaman Pn Asma 017-9384520
Jerteh Pn Nik Radiah 011-32576790

Pahang
Triang/Bera Pn.Hariani 017-9408884
Muadzam Pn Ezie 014-5151280
Jerantut/Kota Gelanggi Pn Dayah 012-9383941
Maran/Temerloh Pn Asliza 016-9806458

Perak 
Ipoh Pn Amani 019-9078106 ,Pn Izura 017-2803021, Pn.Linda 013-4711255

Kuala Lumpur/Selangor
Kepong/Selayang Pn.Roselina 012-9329695
Putrajaya Pn Salwani 017-9002791
Bangi/Serdang Pn Nieza, Pn Sh Marina 012-6435395
Sepang Pn Yati 019-6716767
Kajang Pn Nadia 019-7891926
Shah Alam Pn Aina 013-9021505
Klang Pn Ita Liza 017-6566129
Banting Pn Ruzana 019-9405967
Jenjarom Pn Siti Ruzana 013-9160114

Pulau Pinang
Bertam Pn.Shafiza 012-2727060

Melaka
Bandar Melaka Pn.Suzie 014-7938807, Pn Shakila 017-9442878

 Johor 
Muar/Pagoh Pn Fariza 017-7321241

Sabah
Lahad Datu Pn. Lydiana 014-8634102, Pn. Nora 010-9417557
Kota Kinabalu/Tuaran/Keningau Pn Mas 016-8432963

Sarawak

Kota Samarahan Pn Nik Su 019-9014374


PENGUMUMAN PENTING!!!
HARGA BARU MAAJUN ANGGUN BISTARI  MULAI 
1 SEPTEMBER 2016



HARGA BARU MULAI  :
1-9BTL RM21/BTL
10 BTL KE ATS RM20/BTL
 
LAGI PENGUMUMAN PENTING!!!
 DEALER & AGEN DIPERLUKAN SEGERA!!!


Juga berita baik buat mereka yang berminat untuk pasarkan MAB.
Kini MAB D'Rias sedang giat mencari Dealer & Agen dari seluruh negara berikutan permintaan MAB yang sangat2 tinggi.

Jika berminat,sila sms/whatsapp Pn.Maria 019-9593058 ya


October 24, 2014

Perbezaan antara Maajun dan Jamu

Maajun dan jamu adalah dua bentuk yang berbeza. Walaupun kedua-duanya kadangkala boleh dihasilkan dari bahan yang sama namun rupa bentuk fizikal, cara penghasilan & cara pengambilannya juga berbeza.

Definisi Maajun
Maajun ialah campuran herba, akar kayu yang di kisar halus dan digaul bersama dengan madu. Ada sesetengah maajun perlu di'masak' dengan di jemur dibawa...h pancaran hangat matahari selama beberapa hari.
Selepas itu campuran tadi akan di gentel-gentel mengikut saiz yang dikehendaki.
Ada 2 jenis maajun.
Maajun basah dan maajun kering. Maajun basah tidak akan dijemur sampai kering manakala maajun kering pula, selepas digentel akan dijemur sekali lagi sehingga kering. Jangka hayat maajun kering lebih lama berbanding maajun basah yang mudah dijangkiti kulapuk kalau tidak menjaganya dengan betul.

Definisi Jamu
Jamu ialah campuran herba, akar kayu yang dikisar halus dan digaulkan bersama. Berbeza dengan maajun, jamu tidak dicampur dengan madu.
Selepas dicampur semua jenis herba jamu siap sedia diguna.
Cara penggunaan jamu ialah, jamu perlu dibancuh dengan air dan diminum. Biasanya satu sudu jamu akan dibancuh bersama dengan air suam setengah cawan.


Walaupun rupa bentuk dan cara pengambilannya berbeza, maajun dan jamu tetap merupakan antara warisan perubatan tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
Walaupun dengan kehadiran pelbagai ubat dengan kandungan bahan kimia yang ada dipasaran, perubatan herba tetap masih menjadi pilihan ramai kerana keaslian bahan yang digunakannya iaitu dari herba alami semulajadi dari pelbagai jenis tumbuhan.

September 26, 2014

Kelebihan Manjakani

BUAH MANJAKANI,BUAH AJAIB. CIPTAAN ALLAH UNTUK WANITA

Sejak berzaman lagi,manjakani sudah terkenal dan sinonim dengan keupayaannya merawat seribu satu masalah yang dihadapi wanita. Ini merupakan sedikit ringkasan mengapa setiap wanita harus memiliki serbuk manjakani ini sebagai perisai kegunaan harian.

Sebiji buah manjakani mempunyai khasiat dan faedah menyeluruh yang begitu besar

" Buah ini digunakan untuk kesihatan di tahap optimum dalaman dan luaran.Ia mampu mengetatkan faraj,menegangkan kulit dan menjadikannya bercahaya cantik, payudara yang terletak indah dan rahim yang terletak elok kedudukannya"

Berikut adalah 1001 rahsia yang terdapat pada sebiji buah manjakani

1. AWET MUDA
Antioksida melambatkan proses penuaan sel.

2. PENCEGAHAN KENCING MANIS
Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.

3. PENCEGAHAN BARAH PAYUDARA DAN RAHIM
Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan rahim.

4. PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI
Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.

5. MATA YANG SIHAT
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

6. RAWATAN PAYUDARA
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.

7. KULIT KERING DAN BERMINYAK
Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.

8. PELBAGAI KHASIAT MAKANAN
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

9. MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.

10. MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

11. MENGECUTKAN TISU-TISU
Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

12. MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

13. MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM
Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

14. MULUT
Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.

15. PERAWATAN KRONIK ULSER
Amalam meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.

image

Dan jangan tak tau ye kawan-kawan...salah satu herba yang digunakan dalam Maajun Anggun Bistari ialah MANJAKANI...

Nak order Maajun Anggun Bistari?
Sila sms/whatsapp Maria 019-9593058 ok...

August 22, 2014

Kenali Perancang Keluarga dan Kebaikannya

Sebenarnya, bukan pil pencegah hamil sahaja, terdapat pelbagai kaedah untuk menjarakkan anak. Bergantung kepada pilihan dan kesesuaian individu dalam menentukan kaedah yang dipilih; kita kena pilih yg TERBAIK & SELAMAT tanpa ada sebarang kesan sampingan (side effect). Pemahaman tentang konsep perancang keluarga dan tujuannya perlu difahami terlebih dahulu, bukan hanya ikut cakap orang sahaja.
Apa itu perancang keluarga?
Perancang keluarga adalah kaedah yang diamalkan isteri ataupun suami yang belum bersedia untuk menimang cahaya mata atau, bagi mereka yang telah menimang cahaya mata tetapi ingin pula menjarakkan kelahiran anak. Ada pelbagai cara untuk merancang keluarga termasuk secara natural ataupun menggunakan kaedah perubatan moden.
Objektif atau tujuan perancang keluarga?
Objektif utama menggunakan kaedah merancang keluarga ialah untuk memastikan kesihatan ibu pulih dengan sepenuhnya sebelum kelahiran yang seterusnya.
Ia juga untuk memastikan anak baru lahir mendapat penjagaan dan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka.kaedah perancangan keluarga adalah untuk menjarakkan kehamilan atau mengehadkan bilangan anak sama ada secara sementara atau kekal.
Perlu diingat bahawa kaedah perancangan keluarga bukan bererti tidak mahu anak.Seseorang yang mengamalkan perancangan keluarga adalah bersebab seperti menghidap kanser yang memerlukan rawatan, hamil berisiko, kahwin ketika usia terlalu muda atau usia lewat atau memiliki anak terlalu ramai dengan jarak yang rapat.Hukum Menjarakkan anak dalam islam?
Fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.
Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.
Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus.
Siapa yang terlibat?
Tanggungjawab merancang keluarga adalah untuk menjamin keluarga bahagia dan ini terletak kepada suami dan isteri. Perkara ini harus dibincang bersama agar ia tidak mendatangkan masalah yang boleh menjejaskan perhubungan suami isteri.
Mereka yang baru berkahwin dan masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata bolehlah menggunakan kaedah merancang keluarga.
Individu yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak digalakkan mempunyai kelahiran yang banyak seperti darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang dan sebagainya perlu berjumpa doktor untuk berbincang mengenai kaedah perancang keluarga. Sebuah keluarga yang sihat memerlukan ibu bapa sihat.Seseorang wanita, tambahnya, boleh menggunakan kaedah merancang jika diperlukan seawal 18 tahun ke atas.Tempoh jarak kelahiran
Tempoh menjarakkan kelahiran bergantung kepada kemampuan dan keinginan pasangan yang terbabit. Seelok-eloknya tempoh yang baik menjarakkan kelahiran sekurang-kurangnya dua tahun bagi memberi peluang untuk ibu membina kesihatan seperti sedia kala, dan juga memberi masa penjagaan sempurna untuk anak yang baru lahir. Selain itu, ia memberi peluang menyusukan anak secara eksklusif selama enam bulan pertama dan seterusnya sehingga anak berusia dua tahun.
Dalam masa dua tahun pertama, perkembangan dari segi fizikal dan emosi seseorang anak itu amat penting. Menjarakkan kelahiran sekali gus memberi peluang kepada suami isteri menstabilkan hal-hal ekonomi rumah tangga. Dengan bertambahnya ahli keluarga akan bertambahlah perbelanjaan keluarga. Jadi secara tidak langsung keharmonian rumah tangga akan terjaga.
Kaedah-kaedah merancang keluarga
* Natural
Kaedah ini menggunakan cara mengelakkan waktu subur seseorang wanita itu. Kaedah bergantung kepada kitaran haid seseorang wanita. Mereka boleh menggunakan cara rhythm dan untuk mengelakkan waktu subur mereka boleh mengira dari waktu kitaran haid yang terpendek, tolak 20 hari dan hari terakhir waktu subur ialah kitaran haid yang terpanjang ditolak 11 hari.
Jadi mereka harus mengelakkan perhubungan kelamin pada lebih kurang hari kelapan hingga ke-24 jika kiraan haid mereka 28 ke 35 hari. Ia agak rumit untuk dikira dan boleh mendatangkan masalah bagi pasangan itu kerana waktu mereka tidak boleh bersama agak panjang.
Selain cara rhythm, mereka boleh mengesan waktu subur dengan perbezaan cecair yang keluar daripada faraj. Sewaktu subur, cecair yang keluar bertukar dari warna putih yang pekat kepada lendir yang jernih dan cair. Ini disebabkan peningkatan hormon estrogen dan pertukaran kepada lendir cair yang jernih, bertujuan merangsang kemasukan benih sperma. Waktu ini juga suhu badan wanita akan naik sebanyak 0.5o dan boleh dikesan menggunakan termometer ovulasi pada waktu bangun tidur.
* Pil perancang keluarga
Ia mengandungi estrogen dan progestogen. Cara utama menghalang kehamilan ialah dengan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari seseorang wanita. Di samping itu, ia juga menyebabkan lendir dari pintu rahim menjadi lebih pekat dan ini juga menghalang kenaikan sperma masuk ke dalam rahim.
Pil perancang keluarga dimakan pada setiap hari bermula dari hari pertama kitaran haid sehingga hari ke-21. Ini diikuti dengan tujuh hari rehat. Pada waktu ini perdarahan akan berlaku dan pil dari paket baru perlu dimulakan selepas tujuh hari walaupun perdarahan mungkin belum habis.
Jika diikuti dengan betul, keberkesanan menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan kelahiran amat tinggi iaitu 99.9 peratus. Ada pil yang mengandungi progestogen sahaja. Pil jenis ini mengelakkan kandungan dengan menyebabkan dinding rahim nipis dan lendir yang pekat. Ia boleh juga mengelakkan pengeluaran telur dari kilang ovari tetapi ia tidak konsisten dan memerlukan dos yang tinggi. Hampir 50 peratus wanita menggunakan kaedah ini boleh mengeluarkan telur dari kilang ovari. Ini kerana ia perlu dimakan dengan betul dan mengikut masa yang ditetapkan. Jika masa makan berubah-ubah melebihi tiga jam, ia boleh menyebabkan wanita itu hamil.
Pil perancang adalah salah satu kaedah yang amat popular di kalangan wanita dunia dan juga di Malaysia. Selain mengelakkan kandungan, pil perancang keluarga mempunyai kesan sampingan yang positif seperti mengurangkan kadar perdarahan haid serta mengurangkan penyakit anemia atau kurang darah dan mengurangkan kesakitan sewaktu haid. Ia juga boleh mengurangkan risiko mendapat kanser kilang ovari dan endometrium melebihi 50 peratus apabila digunakan melebihi satu tahun.
Pil perancang keluarga yang baru mengandungi progestogen yang baru seperti drospirenone yang mengurangkan risiko kenaikan berat badan disebabkan penyimpanan air yang berlebihan. Ia juga membuat kulit menjadi lebih cantik dan mengurangkan perasaan tidak menentu akibat sindrom prahaid. Jika menggunakan pil perancang, mereka akan mengeluarkan telur sebaik berhenti pil dalam masa satu hingga dua bulan.
Nota: harus diingatkan; kadang-kadang 'kita mungkin tak serasi' dengan jenis-jenis pil ini di pasaran. Memang tak ada side effect yg teruk; namun kadang-kadang cuba kita tengok, ada kala tu wanita akan jadi GEMUK tak menentu ataupun jadi KURUS secara tiba-tiba, bergantung dengan penerimaan tubuh badan individu itu sendiri. Mungkin "side effect" tu tak jadi sekaligus. Mungkin nanti lama-kelamaan suami tidak mendapat "nikmat" seperti sebelum kita gunakan pil ini. So, BEWARE! Jangan sampai suami rasa tak seronok lagi bila bersenggama dengan kita.
tidak di nafikan bahawa memang ada pil cegah hamil yg betul-betul bagus; suami masih rasa "nikmat". Tapi... itu mungkin hanya setahun, dua tahun atau tiga tahun... lama-kelamaan, pasti ada side effect; tak itu, ini, tak ini, itu! Jadi, fikirkanlah nak guna ke tak nak guna.
* Suntikan
Suntikan menggunakan hormon progestogen, disuntik setiap dua bulan bergantung kepada hormon yang digunakan. Disebabkan dosnya yang tinggi, ia mengelakkan pengeluaran telur dari kilang ovari di samping mengakibatkan lendir yang pekat. Wanita yang menggunakan kaedah ini boleh mengalami perdarahan yang tidak menentu.
* Alat dalam rahim
Salah satu kaedah yang popular dan telah digunakan semenjak tahun 60-an lagi. Ia perlu dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor terlatih dan tidak mendatangkan banyak masalah kepada pengguna.
Setelah dimasukkan, alat ini boleh disimpan selama tiga hingga lima tahun bergantung kepada jenis yang digunakan. Efikasinya untuk mengelakkan kandungan adalah lebih kurang 98 peratus. Ada alat dalam rahim yang telah diserapkan dengan hormon progestogen. Ini meninggikan efikasinya kepada lebih 99.9 peratus untuk mengelakkan kandungan. Di samping itu, ia boleh mengurangkan perdarahan haid dan hampir zero peratus wanita tidak mengalami perdarahan selepas tiga bulan penggunaannya.
Walau bagaimanapun, wanita tidak harus bimbang kerana walaupun tidak datang haid, telur masih dikeluarkan dari kilang ovari seperti biasa. Ini juga boleh mengurangkan masalah anemia dari perdarahan haid yang berlebihan.
Nota : orang kata kesannya boleh menyebabkan pendarahan (bila dah lama pakai la kot) sebabnya orang perempuan nie slalu buat kerja umah, angkat anak la, susun perabut la, pendek kata ade masa buat keje yang berat2 tu mungkin lama bleh terkesan kat tempat alat tu disimpan.. tah la
* Kaedah barrier
Kaedah barrier yang paling popular adalah kondom lelaki. Ada kondom yang diserapkan dengan ubat antisperma. Kaedah ini tidak begitu baik kerana efikasinya cuma lebih kurang 60 hingga 0 peratus jika digunakan dengan betul. Tetapi ia adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengelakkan penyakit kelamin dan HIV.
Kondom untuk kaum wanita juga ada tetapi tidak begitu popular. Kaedah barrier yang lain termasuk penggunaan diafram, alat penutup pintu rahim dan span. Kaedah-kaedah ini juga tidak popular.
Nota : orang kata kurang berkesan kalau guna kaedah nie, ya la takut time 'bersama' tu lasak sangat sampai terkoyak kondom tu, bleh termengandung gak la kan... so.. hati2!!!!
* Implan
Implan adalah alat perancang yang mengandungi hormon progestogen yang dimasukkan ke bawah kulit di bahagian dalam lengan. Ia mengelakkan kandungan dengan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari, boleh dipakai selama tiga hingga lima tahun. Keberkesanannya mencecah 99 peratus.
* Sterilisasi
Sterilisasi boleh dilakukan kepada wanita dan juga kaum lelaki. Kaedah ini adalah kekal. Saluran fallopio wanita diikat atau dipotong bagi mengelakkan perjalanan telur ataupun sperma dan seterusnya menghindarkan persenyawaan. Vasektomi adalah kaedah sterilisasi kekal untuk lelaki. Ia memerlukan pembedahan kecil di mana saluran vas deferens dipotong sedikit dan diikat.
Nota : cara nie kena bedah (agaknya la..) kalau nak ikat. kena bedah untuk ikat saluran fallopio tu satu hal, memang la takkan mengandung tapi bila nak anak semula dah kena bedah plak nak tanggalkan. rasanya cara nie sesuai untuk orang yang dah tak nak anak je kot!!!
* TradisionalPenggunaan jamu, herba dan ubatan tradisional masyarakat lama seperti memakan air rebusan akar kayu untuk mengelak hamil.
* Pemandulan
Lelaki (vasektomi- mengikat saluran vas deferens) dan wanita (pembedahan untuk mengikat kedua-dua saluran tiub fallopian).
Nota: Menurut Majlis Fatwa pada 1981, memandulkan perempuan atau lelaki adalah haram kerana dianggap kontrasepsi kekal. Namun pengecualian diberi dengan bersebab; wanita itu tidak boleh menggunakan sebarang kaedah lain atas alasan kesihatan yang mana hamil boleh membahayakan nyawanya sendiri.
Kesan sampingan dan risiko bagi wanita yang bermasalah atau berpenyakit kronik
Kesan sampingan bergantung kepada kaedah dan hormon yang digunakan. Estrogen boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan menaikkan tekanan darah. Jadi mereka yang mempunyai risiko seperti darah tinggi, penyakit hati, jaundis, sejarah penyakit di mana saluran darah tersumbat, penyakit jantung, kadar kolesterol yang tinggi, sejarah kanser payu dara, terlalu gemuk atau merokok melebihi 40 batang sehari tidak boleh mengambil perancang keluarga yang mengandungi hormon lebih-lebih lagi estrogen.
Kebaikan merancang keluarga
Kebaikan merancang keluarga bukan saja untuk menjaga kesihatan ibu tetapi bagi memastikan pembesaran anak sempurna dari segi fizikal dan emosi. Ia juga memberi peluang untuk suami memastikan kewangan keluarga terjamin bagi menampung kehadiran ahli baru.
Umur yang terbaik untuk melahirkan anak adalah pada usia 25 hingga 35 tahun kerana pada umur ini risiko pada ibu adalah minimum. Pada asasnya seorang wanita boleh melahirkan bayi walaupun pada umur yang hampir menopaus tetapi risiko pada ibu akan berlipat ganda. Pada zaman ini, di mana kaum wanita berkahwin lewat ataupun memilih menjayakan karier terlebih dahulu, lebih ramai yang melahirkan anak pada usia melewati 35 tahun.
Bincang bersama
Isu merancang keluarga harus dibincang bersama walaupun kaedah yang diamalkan memihak lebih kepada kaum perempuan. Kaum wanita perlu kerjasama dan restu suami untuk merancang keluarga. Objektif mereka adalah melakukan yang terbaik untuk keluarga. Jika mereka di dalam keadaan sihat tubuh badan dan rohani, wanita boleh menjaga suami dan keluarga dengan lebih baik lagi.
Menjawab pertanyaan, Dr. Jamiyah memberitahu, tempoh berhenti mengambil perancang keluarga untuk hamil semula bergantung kepada kaedah yang digunakan.
Nasihat pakar
Soal bila pasangan yang baru berkahwin ingin menimang cahaya mata, bergantung kepada banyak faktor. Mereka boleh memulakan bila-bila masa selepas berkahwin. Walau bagaimanapun, mereka perlu tahu cara-cara merancang keluarga kerana biarlah setiap kandungan itu anak yang diingini dan bukan kerana tersalah kira! Keluarga yang sihat dan bahagia perlu kerjasama semua.
Harap bermanfaat buat semua...
♡♡♡
Maria Ismail
Sms@whatsapp 019-9593058
Fanpage : Maajun Anggun Bistari D'Rias

August 19, 2014

Kenapa Perlu Merancang Keluarga?

Haii...Hari ini Maria hanya nak share info berkaitan kebaikan merancang keluarga.
Jom kita tengok....

1. Pasangan yang telah berkahwin dapat menentukan bilangan anak yang dikehendaki.

2. Boleh menentukan masa yang sesuai untuk menambah anak.

3. Boleh merancang mengikut pendapatan supaya keperluan anak-anak mencukupi. Anak-anak mendapat makanan berkhasiat, tempat tinggal yang selesa, pendidikan dan lain-lain keperluan serta jaminan masa depan.

4. Kelahiran boleh dihadkan apabila kesihatan ibu terganggu.

5. Perkahwinan lebih bahagia kerana kebimbangan dapat dielakkan pada kehamilan yang belum dikehendaki.

6. Boleh menyimpan kewangan yang cukup untuk masa depan atau kecemasan.

7. Ibu mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan rumah tangga dan memberi perhatian kepada anak dan suami.

8. Menjarakkan kelahiran supaya kesihatan ibu pulih sepenuhnya dan dapat memberi penjagaan yang sempurna pada anak-anaknya.

Master Dealer a.k.a Stokis Maajun Anggun Bistari Kelantan
sms/whatsapp 019-0593058 
FB Fanpage : https://www.facebook.com/MABdeRias

August 10, 2014

Promosi Agen Maajun Anggun Bistari

PROMOSI PAKEJ AGEN
 

20 BOTOL MAAJUN ANGGUN BISTARI
HARGA RM320
+ FREE TOILETRIES BAG (Limited Edition)
+ FREE FLYERS
+ FREE POSTAGE

*PROMOSI HANYA UNTUK 3 AGEN YANG PERTAMA SAHAJA!!!
SIAPA CEPAT DIA DAPAT :)






JIKA BERMINAT NAK ORDER,SILA
SMS/WHATSAPP 019-9593058
 Maria Ismail
COD area Kota Bharu & Pasir Mas (Minima Order 10 botol ke atas SAHAJA!)
Self Pick Up area Binjai/Wakaf Stan.

Pendaftaran PERCUMA malah modal agen/dealer juga diberi potongan RM20!

Alhamdulillah. Selain daripada promosi untuk pelanggan-pelanggan yang setia, HQ kali ini dengan berbesar hati memberikan offer TAK MASUK A...