Posts

Showing posts with the label Perancang Keluarga

Kenali Perancang Keluarga dan Kebaikannya

Sebenarnya, bukan pil pencegah hamil sahaja, terdapat pelbagai kaedah untuk menjarakkan anak. Bergantung kepada pilihan dan kesesuaian individu dalam menentukan kaedah yang dipilih; kita kena pilih yg TERBAIK & SELAMAT tanpa ada sebarang kesan sampingan (side effect). Pemahaman tentang konsep perancang keluarga dan tujuannya perlu difahami terlebih dahulu, bukan hanya ikut cakap orang sahaja. Apa itu perancang keluarga? Perancang keluarga adalah kaedah yang diamalkan isteri ataupun suami yang belum bersedia untuk menimang cahaya mata atau, bagi mereka yang telah menimang cahaya mata tetapi ingin pula menjarakkan kelahiran anak. Ada pelbagai cara untuk merancang keluarga termasuk secara natural ataupun menggunakan kaedah perubatan moden. Objektif atau tujuan perancang keluarga?
Objektif utama menggunakan kaedah merancang keluarga ialah untuk memastikan kesihatan ibu pulih dengan sepenuhnya sebelum kelahiran yang seterusnya. Ia juga untuk memastikan anak baru lahir mendapat penjaga…